Powered by Blogger.
SINAREMAS99 MENJUAL DAN MEMBLI EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD

Barang Kemas Public Gold

Saturday, 14 January 2012

Public Jewellery merupakan salah satu anak syarikat dibawah Public Gold, Pengkhususan jualannya adalah kepada barang kemas
Harga yang ditawarkan oleh Public Jewellery adalah mengikut harga pasaran dunia yg berubah setiap saat, Public Jewellery mengemas kini harga setiap 20minit di bawah anda boleh lihat sendiri perbandingan harga barang kemas/gram yg ditawarkan oleh public jewellery berbanding dengan harga cadangan jualan di kedai-kedai emas besar..lihat dibawah
harga diatas adalah harga yg diambil dari harga yg dicadangkan oleh Persatuan tokey-tokey emas sebagai harga siling untuk barang kemas
harga diatas adalah harga emas yang tidak termasuk UPAH TUKANG,
—————————————————II———————————————-

ini pula harga emas yg ditawarkan oleh Public Gold, untuk harga Public Jewellery boleh lihat pada ruang D-Series 22k Jewellery…untuk makluman barang kemas Public Jewellery dijual TANPA UPAH TUKANG dimana harga emas PGsell di kalikan dengan berat emas sahaja… dan jika nak menjual kembali..harga pada PGbuy digunakan..susut harga adalah ~18%
ANDA JUGA BOLEH MELIHAT HARGA KEMASKINIKAN DIBAWAH
KATALOG-KATALOG (KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT PAPARAN BESAR)
BRACELET






NECKLACE/RANTAI LEHER



PENDANT
JEWELLERY SET (NECKLACE+EARING)
DIANA SERIES
Sumber dari Geng916.com

Read more...

Emas & Perak - Pelaburan Terbaik Di Abad Ini!



Apa khabar kepada pengunjung blog.  Sejak akhir2 ini, semakin ramai individu yang telah celik mengenai bidang pelaburan dan semakin ramai juga individu yang serius menjadi seorang pelabur sepenuh masa termasuklah saya sendiri. Tidak hairanlah jika ketika ini pelbagai jenis pelaburan muncul ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Namun begitu, kepada sesiapa yang baru sahaja berjinak2 di dalam bidang ini, mereka perlu meneliti dan mengkaji dahulu jika ditawarkan sesuatu jenis pelaburan itu dari segi ianya sah atau tidak dan adakah ianya mematuhi undang2 yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan juga Suruhanjaya Sekuriti (Untuk online investment).

Contoh paling mudah untuk mengetahui adakah pelaburan itu sah atau tidak ialah, sekiranya pelaburan itu menjanjikan pulangan dalam bentuk % secara bulanan, dan ianya ditawarkan oleh syarikat atau individu selain daripada Institusi Perbankan atau Kewangan yang berdaftar, maka ianya adalah skim yang menyalahi undang2 negara. Justeru, pelaburan itu adalah tidak sah dan lambat-laun pasti akan diambil tindakan oleh BNM. Sama juga sekiranya syarikat tersebut beroperasi di luar negara, ianya hanyalah helah yang digunakan untuk memperdaya mangsa bagi mengaut keuntungan.


2- Pelaburan Saya

Ketika ini, saya sedang membuat pelaburan dalam kategori komoditi, Emas & Perak (berbentuk Bar, Coin, Dinar). Pelaburan ke atas komoditi terutamanya Emas & Perak pada ketika ini adalah satu pelaburan yang mudah diurus, selamat, dinamik, risiko kerugiannya rendah dan potensi keuntungannya amat tinggi.

Emas Berbentuk Bar 999.9


Emas Berbentuk Coin 999.9

Emas Berbentuk Dinar 916


3- Mengapa Pelaburan Komoditi

Setiap fasa di dunia ini punya kitarannya tersendiri, dalam kehidupan ada kitaran fasa kehidupan, bahkan dalam aktiviti kehidupan seharian kita juga ada kitaran yang kita pasti lalui setiap hari seperti tidur, bangun tidur, makan, bekerja, mandi dan sebagainya.

Begitu juga dalam dunia pelaburan, setiap pergerakan turun naik pasaran, ada kitaran yang berulang dan saling bertukar ganti diantara satu sama lain. Jika satu pasaran naik, maka pasaran yang satu lagi hanya mendatar, dan selepas mencapai sesuatu tempoh, pasaran yang naik tadi pula bergerak mendatar, manakala pasaran yang mendatar itu pula naik.

Secara umumnya, pergerakan pasaran terbahagi kepada 2 jenis kategori pelaburan iaitu :


1- Pasaran Saham & Hartanah (Unit Trust, Saham, Bond, IPO & Rumah Sewa dll.)
2- Pasaran Komoditi (Sawit, Getah, Emas, Perak, Platinum dll.)

Bagi setiap satu pasaran ini, ianya mengambil tempoh sekitar 15 - 20 tahun untuk bergerak dengan cemerlang sebelum ianya menjadi lembap dan prestasi pasaran akan diambil alih oleh pasaran yang berikutnya.

Bermula dari tahun 1945 iaitu selepas perang Dunia Kedua sehingga tahun 1965, waktu itu pasaran Saham & Hartanah dalam keadaan yang baik, justeru kenaikan harga Emas & Perak agak lembab. Kemudian bermula pada tahun 1968 - tahun 1980, tiba giliran untuk pasaran komoditi beraksi pula dan menyebabkan pasaran saham & hartanah kurang memberangsangkan.

Percayakah anda, dari tahun 1965 - 1980 kenaikan harga emas telah mencecah sehingga 1500% dalam tempoh 15 tahun sahaja. Anda boleh saksikan sendiri harga emas pada waktu itu pada kotak di bawah.

Harga Emas Dari Tahun 1968 - 1980

Seterusnya, dari tahun 1980 - tahun 2000, prestasi pasaran dimonopoli semula oleh pasaran saham & hartanah sekaligus menyebabkan harga emas & perak bergerak mendatar seperti ditunjukkan pada graf di bawah ini.

Harga Emas Mendatar Dari Tahun 1980 - Tahun 2000

Cuba perhatikan kadar pulangan pelaburan dalam Unit Saham Amanah ASB yang dilancarkan pada tahun 1991. Dari tahun 1991 - tahun 2001, kadar pulangannya adalah yang tertinggi iaitu sekitar 10% - 14% setahun disebabkan ketika itu adalah giliran pelaburan dalam bentuk Saham & Hartanah pula memberikan hasil dan prestasi yang cemerlang.


Bermula pada tahun 2001 - 2020 adalah waktu untuk pelaburan komoditi pula, dan ianya menyebabkan pulangan dari pelaburan Saham Amanah ASB terus menurun sedikit demi sedikit sedangkan harga emas & perak pula telah melonjak dengan cepat sehingga berjaya mencapai paras kenaikan sehingga 480% hanya dalam masa 10 tahun sahaja.

Harga Emas Dari Tahun 2001 - Sekarang

Justeru, adalah mustahil untuk saya membiarkan peluang berharga ini berlalu tanpa saya membeli dan menyimpan emas & perak sebanyak2nya!

Bagi Silver pula, dari tahun 2001 sehingga kini, kenaikannya telah mencecah sekitar 1200%, dan ianya dapat dicapai hanya dalam tempoh masa 10 tahun sahaja!!.

Harga Silver Dari Tahun 2001 Hingga Sekarang
Sumber info ini dari pelabur jutawan.com.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP