Powered by Blogger.
SINAREMAS99 MENJUAL DAN MEMBLI EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD

Bawa Pulang Simpanan Emas RM35.1 billion

Sunday, 27 November 2011

Suka saya berkongsi info tajuk diruang global akhbar kosmo menyiarkan tentang negara Caracas-Venezuela meminta semua simpanan emasnya diluar negara dipulangkan....



begitu pentingnya simpanan emas kalau kita tau faedahnya...ingat Sinaremas99 ingat zunita..

Read more...

Pengenalan Syarikat

PENGENALAN SYARIKAT


Public Fine Gold International Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 23 Mei 2008 adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan menjual & membeli Emas dan Perak bagi tujuan pelaburan disamping mereka juga ada menjual produk barangan kemas bagi mempelbagaikan variasi keluarannya. Public Gold telah mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Record sebagai syarikat tempatan pertama di Malaysia yang menghasilkan Emas & Perak bagi tujuan Pelaburan. Kini, hanya dalam masa kira-kira 3 tahun sahaja, pelbagai anugerah dan pengiktirafan telah berjaya dirangkul oleh Public Gold, diantaranya Malaysia Bussines Award, APEA Award, KWYP Award dan ARIFF Award.

Justeru, peranan Public Gold pada hari ini mempunyai fungsi yang sama sebagaimana kedai2 menjual emas yang lain seperti Poh Kong, Habib Jewels, Tomei dll, cuma perbezaannya adalah Public Gold memfokuskan jualan Emas untuk tujuan pelaburan dan kedai2 emas yang ada di pasaran lebih memfokuskan jualan emas untuk tujuan perhiasan.

Ingat Sinaremas99 ingat Zunita....:)

Read more...

Mengapa Saya memilih Untuk Membeli Emas Public Gold

Byk syarikat dan kedai emas, bank2 dan sbgainya yg menjual emas keluaran mereka sendiri, tp mengapa sy memilih utk membeli emas Public Gold?

Di sini sy akan nyatakan sedikit fakta dan perbandingan utk penilaian anda sendiri, yg mana lebih menguntungkan.

1. PG (Public Gold) mengenakan Spread (Beza harga jual & beli) utk belian semula dgn kadar terendah sekitar 4-6% shj. Berbanding emas yg dijual di kedai emas, mereka akn mengenakan Spread sekitar 15-20%.

2. Jika anda beli di kedai emas, mereka akn mengenakan caj tambahan yg sgt tinggi, cth di Tomei jika anda membeli emas PAMP Suisse mereka akan kenakan caj insurans yg tinggi mengikut berat emas. Cth PAMP Suisse 50g caj mereka RM300, manakala HABIB mengenakan caj RM132 dan mengatakan itu workmanship cost. Sdgkan di PG mereka cuma mengenakan RM40 utk transport cost dari Penang ke kawasan luar dari Penang. Jika anda ambil di Penang, kos itu dikecualikan.

3. Kedai emas dan bank hanya membeli emas emas yg dibeli dgn mereka shj, dan xkan membeli semula jika emas itu bengkok atau calar. Tetapi PG ttp membelinya semula krn mereka sendiri membuat proses peleburan dan rekabentuk. Berbeza dgn bank dan kedai emas yg mengupah kpd syarikat lain.

4. Emas di PG boleh di lock harga mengikut kemahuan kita sama ada secara online 24jam, phone call waktu office hours dan sms, walaupn ketika byran dibuat harganya telah berubah. Cth skrg ini harganya rendah, sy terus lock dan tiba2 pd waktu ptg harganya melonjak tggi. Katakan sy buat byran esok, sy ttp membyr dgn harga yg sy lock smlm.

5. Harga PG berubah setiap 20min, manakala harga di Bank perlu mengikut update semasa BNM dan harga di kedai emas mengikut Persatuan Emas Malaysia yg di update sebulan sekali. Bermakna anda x boleh mendptkan keuntungan mnggunakan teknik spekulasi pasaran.

6. PG menawarkan peluang utk menjadi Dealer, dan yg menariknya setiap belian di bayar komisyen 1% dari jumlah terkumpul belian anda bermula 1-30hb. Komisyen dibayar pd 20hb pd bulan berikutnya. Jika anda beli utk simpan sekalipun dan x berniat utk menjualnya, bukankah sememangnya anda dah untung?

7. PG menawarkan peluang perniagaan kpd anda. Dgn menjadi normal dealer anda akn dpt 1% komisyen setiap pembelian, dan menjual semula kepada public gold, dealer diberi komisyen 0.3%. Jika anda mempunyai dealer di bwh anda, dan pembelian terkumpul anda bersama semua rangkaian mencecah RM300k, anda akan di upgrade menjadi Master Dealer, yg mana anda akan dpt komisyen tambahan 0.5% drpd belian delaer2 di bwh anda.

8. Stok PG sentiasa ada. Berbanding di kedai emas dan Bank, disebabkan mereka mengambil stok drp syarikat lain, maka stok mereka sentiasa kekurangan dan tertakluk kpd 1st come 1st serve. Anda x boleh book emas tersebut.

9. Emas di PG boleh di beli secara Easy Payment Purchase (EPP) sehingga 4 bulan tanpa interest. Hanya 0.5% dikenakan sbg upah pengurusan.

10. Emas PG mudah utk dicagarkan dan xkan terjejas dari segi pembungkusannya. Tetapi jika emas PAMP Suisse, jika anda mahu cagarkan anda perlu potong seal yg membalut certificate dan emas tersebut. Jika seal luarannya sudah terpotong,bagaimana anda mahu menjualnya kelak?

Satu fakta yg sy mahu anda sedar ialah, membeli brg kemas bukanlah satu pelaburan yg bijak, sebenarnya anda membyr harga yg tinggi utk berat emas yg sedikit. Brg kemas mempunyai campuran bahan2 lain dgn kadar yg tinggi spy mudah dibentuk dan utk mencantikkan rekaannya.

Katakan gelang tgn emas 916 yg beratnya 100g, dan harga semasa terkini katakan RM146 segram. Mereka akan menjual kpd anda dgn harga RM 14,600 + workmanship cost. Slps itu cuba anda bawa ke Ar-Rahnu utk dicagarkan, percayalah mereka hanya akan mengira berat emas shja, bermakna beratnya bukan lagi 100g.

Dan jgn anda terkejut, jika gelang tgn anda bukan lagi emas 916 apabila diuji ketulenannya oleh pihak bank walaupn kedai emas mengatakan yg itu adalah emas 916 dan anda membyrnya dgn harga semasa emas 916.

Ingat SinarEmas99 ingat Zunita, jika berminat boleh hubungi saya di 019-313 5387, harga boleh dirujuk di bahagian public gold sell :)

Read more...

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Harga Emas Dunia

Thursday, 10 November 2011

Topik kali ini secara ringkasnya untuk memberi kefahaman kepada anda semua, tentang faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia adalah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran.

Macam saham dan lain-lain barang jugalah emas nie… kalau permintaan meningkat maka harganya akan naik, tapi bila permintaan menurun maka harganya menurun.

Permintaan emas di pasaran dunia.
Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.

Gambar: Carta permintaan terhadap emas di pasaran.

Sumber: http://www.marketknowledge.gold.org/


Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan

Penawaran emas di pasaran dunia.

Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:



1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula

Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia.

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat empat pasaran utama/terbesar emas didunia iaitu London, New York, Hong Kong dan Zurich (Switzerland).

Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat kat www.kitco.com

 

Bagaimana harga emas harian dibuka?

Ok, Kalau anda ingin tahu bagaimana harga emas harian dibuka untuk dagangan, ini ceritanya…

Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).

5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.

Saya petik sumber ini dari jutawanemas.com

Read more...

Kelebihan Memiliki Emas

Monday, 7 November 2011


Bercerita tentang perlaburan emas, adalah lebih baik jika kita mengenali emas terlebih dahulu dan kenapa emas boleh menjana kekayaan.  Didalam hadis dan al-quran ada menyebut tentang kelebihan emas.

“Abu bakar ibn Abi Maryam mendengar Rasulullah SAW bersabda “Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)”

Sejarah juga telah membuktikan bahawa nilai emas tidak pernah susut dan terus meningkat setiap masa, pada zaman rasulullah SAW harga seekor kambing adalah 1 dinar emas, dan selepas 1400 tahun pada masa kini harga kambing masih lagi 1 dinar emas, ini telah menunjukan betapa hebatnya logam bernama emas…

Sumber dari rahsiagold.com

Read more...

Apakah itu Dinar?

1 dinar emas
1 dinar emas


5 dinar emas
5 dinar emas


10 dinar emas
10 dinar emas

Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.

Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram.
Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’

Public Gold menawarkan 3 jenis dinar, iaitu 1 dinar emas, 5 dinar emas dan 10 dinar emas, untuk harga semasa dinar emas boleh lihat jadual di sebelah kanan public gold price blog ini.

kelebihan membeli Dinar Emas

1. Harga yang lebih murah berbanding gold bar.

2.Senang dijual semula dan dipajak di bank (Ar rahnu), jika memerlukan wang

3.Spread yang rendah ( 5% – 6 %)

4.Tiada susut nilai

5.Harga yang sentiasa meningkat setiap tahun.

6.Asset yang makin lama disimpan makin berharga

Tips : Jika anda ingin membeli dinar untuk tujuan melabur, beli 10 dinar, kerana spread yang rendah, jika untuk tujuan berniaga atau jual semula, beli 1 dinar, kerana ia senang dijual disebabkan harga yang lebih rendah berbanding yang lain.

Saya juga ada menyimpan 6 keping emas dinar, jika berminat boleh hubungi saya di 019-313 5387, harga boleh refer di atas bahagian public gold sell :)


Read more...

Pelaburan Emas Di Malaysia

Hari ni mari kita berkongsi sedikit tentang perlaburan-perlaburan emas yang terdapat di malaysia.  Perlaburan emas dimalaysia boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu

1.Perlaburan Emas fizikal

-perlaburan emas fizikal boleh dikategorikan kepada 2

1. jongkong emas ( atau emas dalam bentuk wafer )
2.Syiling emas

-kebaikan perlaburan emas ialah

1.saiz, bentuk dan berat yang standard
2.mudah di bawa, kerana saiz yang kecil
3.mudah di cairkan dalam bentuk tunai, jual beli diterima di serata dunia
4.harga perbezaan jual beli yang rendah (spread)
5.mudah di gadaikan,

Terdapat beberapa syarikat yang menawarkan perlaburan emas fizikal.diantaranya

1.Public Gold = syiling emas, dinar emas, gold bar dan barang kemas
2.Emas UOB = syiling emas dan gold bar
3.Dinar emas kelantan =Dinar emas
4.Maybank – syiling kijang emas,
5. Kedai Emas = gold bar


2.Akaun perlaburan emas

kebaikan akaun perlaburan emas

1. mudah untuk membuka akaun
2.tiada risiko di rompak atau hilang
3.Beza harga jual dan beli yang rendah (spread)

keburukan

1.Emas tidak boleh digadai
2.jual beli boleh dilakukan pada waktu perbankan sahaja
3.cuma boleh jual jika harga BUY lebih tinggi dari harga yang anda beli.kalau tidak anda kan rugi.

bagi akaun perlaburan emas pula, terdapat beberapa bank yang menawarkan nya diantaranya







2.maybank ( GSPA ) = http://www.maybank2u.com.my

Anda boleh memilih diantara perlaburan-perlaburan emas diatas, semua nya adalah sah dan menguntungkan, setiap perlaburan diatas ada kebaikan dan ada kelemahannya. Setakat ni saya menyimpan emas fizikal dari public gold.

Secara keseluruhannya, semuanya akan mendapat keuntungan didlm jangka masa sederhana dan jangka masa panjang kerana harga emas akan naik setiap tahun.

Sumber dari rahsiagold.com

Read more...

Mahu Simpan Wang Kertas Atau Emas?

Sunday, 6 November 2011

Untuk posting kali ini saya ambil dari pelabur jutawan.com yang ingin memberikan gambaran yang lebih jelas sebagai pembuka minda. Tujuannya supaya anda dapat tepuk dada dan tanyalah hati sendiri, adakah anda masih mahu menyimpan Wang Kertas ataupun Gold & Silver. Jom sama2 perhatikan chart dibawah.

Nak simpan wang atau beli dan simpan Emas?

Chart berwarna putih diatas adalah Live Data bagi nilai Dollar yang mana ianya menunjukkan trend pergerakan menurun, manakala chart berwarna Gold pula adalah Live Data bagi harga Emas yang mana trend pergerakannya menunjukkan pergerakan menaik. Sayangnya saya cuma ada Data Harga bagi nilai USD bermula May 2009 sehingga sekarang, tapi ianya sudah cukup untuk menunjukkan perbezaan yang amat ketara bagi keduanya.

Saya kira, chart diatas telah menjelaskan segala2nya, anda sendiri dapat melihat yang nilai USD terus turun dan turun, dan tidak mustahil satu masa nanti nilainya akan mencapai ke angka 0 (sifar), bererti ianya langsung tidak bernilai! Sejarah lalu telah membuktikan yang beberapa Matawang ciptaan manusia sebelum ini nilainya telah mencecah ke angka sifar! Sebagai contoh matawang Continental ini :



Matawang ini dicipta oleh Amerika ketika perang Revolusi, yang mana tujuannya adalah untuk membiayai kos yang terlibat di dalam peperangan. Namun sebaik sahaja perang tamat, Matawang tersebut tidak lagi diterima pakai oleh orang ramai, sekaligus menjadikan ianya kehilangan nilai. Masakan matawang ciptaan manusia ini mampu mengatasi nilai wang yang diciptakan oleh Allah S.W.T iaitu Emas & Perak? (Zahabi Wal Fiddoh).

Kini USD juga sedang menuju ke arah itu! Mungkin anda berkata anda menyimpan RM dan bukannya USD, Benar.. tapi mungkin anda terlupa yang nilai RM adalah disandarkan dengan nilai USD! Jika sesuatu yang menjadi sandarannya juga sedang mengalami penyusutan nilai, apatah lagi sesuatu yang disandarkan dengannya, kerana RM itu sendiri sebenarnya tiada nilai apa2 padanya, tetapi ianya menjadi bernilai dan diterima untuk digunapakai apabila ianya disandarkan kepada nilai USD.

Hakikatnya, apabila nilai Matawang semakin susut seperti yang boleh dilihat di dalam carta diatas, kadar penerimaan ke atasnya juga akan semakin berkurang, dan jika kadar penyusutan nilainya menjadi terlalu besar, tiada siapa lagi yang mahu menerima pakai matawang tersebut!

Ianya amat berbeza dengan nilai komoditi Emas yang mana nilainya sentiasa meningkat sebagaimana yang dapat dilihat pada carta diatas. Sebagai contoh, pada tahun 2009 kadar tukaran USD - RM ialah RM3.60, kini kadarnya hanya tinggal RM3.00, bermakna jika pada tahun 2009 saya mempunyai RM36,000 di dalam akaun simpanan saya, jumlahnya ketika ini mungkin masih RM36,000, tetapi jumlah sebanyak itu ketika ini hanya mampu membeli sesuatu yang berharga RM30,000 pada tahun 2009 dulu, buktinya, sepinggan Nasi Goreng pada tahun 2009 hanya berharga RM3.00 sahaja, tetapi kini Nasi Goreng yang sama dan di kedai yang sama telah berharga RM3.60!!.

Bayangkan jika pada tahun 2009 dulu, dengan wang RM36,000 itu saya boleh membeli Emas seberat 343 gram (RM36,000 / RM105 (Harga emas segram) = 343g, dan jika saya menjual emas tersebut pada ketika ini saya boleh mendapat tunai sebanyak RM60,711 (343g x RM177/g)!!!

Bayangkan pula pada tahun 2009 dahulu kos sara hidup anda berjumlah RM3,000 sebulan, kini walaupun anda masih kekal dengan cara hidup yang sama seperti pada tahun 2009 dahulu, tetapi kos sara hidup bulanan anda telah meningkat kepada RM3600 sebulan! Mungkin pada dasarnya anda beranggapan ianya adalah disebabkan oleh harga barangan2 keperluan & perkhidmatan yang telah meningkat, memang benar...! inilah apa yang dinamakan dengan peningkatan kadar Inflasi, iaitu penyusutan kuasa beli melalui kenaikan harga barangan keperluan & perkhidmatan!

Kesimpulannya, belilah emas, tukarkan semua tunai yang ada dalam simpanan anda kepada emas fizikal, gunakannya untuk meningkatkan kuasa beli anda supaya kewangan anda terus kebal dari gelombang inflasi yang terus mengganas dari masa ke semasa. Untuk makluman, jika anda sekadar membeli emas dengan tujuan untuk dijual semula apabila harganya naik dan mengambil keuntungan daripadanya, ianya masih tidak membantu anda dari sudut perlindungan kewangan peribadi dan peningkatan kuasa beli. Mungkin anda masih untung dengan cara itu, tetapi anda masih terdedah dengan penyusutan kuasa beli dan Inflasi. Justeru, belilah Emas dan jadikan ianya sebagai aset pelaburan yang disimpan dan digunakan untuk jangkamasa panjang, sampai ke bila2.

Saya mendefinasikan Pelaburan itu sebagai satu aktiviti yang mampu mengubah kedudukan kewangan seseorang Pelabur itu, bermula dari satu tahap yang biasa menuju ke satu tahap yang luar biasa atau lebih baik selepasnya. Jadi, jika si Pelabur gagal membawa kedudukan kewangannya ke satu taraf yang lebih baik selepas dia membuat Pelaburan, maka dia perlu mengkaji dan merancang semula Investment Plan nya!

Sumber dari Pelabur Jutawan

Read more...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Saturday, 5 November 2011

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,


alhamdulillah, di kesempatan ni aku nak rakamkan selamat menyambut hari raya aidil adha.. esok sunat puasa wukuf... anyway blog ni baru saja update sejak mengenali perniagaan dan pelaburan emas dan perak ni...harap segala ilmu yang saya dapati dari blog2 rangkaian dealer2 Public Gold serta sokongan dari rakan2 Public Gold rakan2 di luar sana dapat saya kongsikan di blog Sinaremas99 ni... insyaAllah...

selamat hari raya aidil adha, kepada yg balik kg, hati2 memandu... baca doa naik kenderaan... biar lambat asal selamat... insyaAllah... semoga selamat semua dalam perjalanan.. aminn... okeh..

Read more...

Jenis Soalan Memulakan Pelaburan Emas Fizikal

Salam sejahtera,

Bagaimanakah cara memulakan pelaburan emas fizikal?

Caranya adalah sangat mudah, anda beli emas fizikal hari ini dan simpan, emas fizikal yang saya maksudkan ialah gold bar dan barang kemas. Anda boleh bermula dengan sekeping 1 dinar yang berharga rm7++ atau pun gold bar 10g yang berharga rm19++ ( harga semasa ), bergantung pada kemampuan dan simpanan anda.

Apakah yang saya perlu buat setelah membeli emas fizikal?

Anda boleh simpan emas tersebut, jika anda beli barang kemas, anda boleh pakai atau hadiahkan pada yang tersayang, simpan sehingga harga naik, anda boleh jual apabila anda memerlukan duit ataupun harga pada ketika itu telah naik tinggi.

Adakah saya akan rugi jika membeli emas pada harga tinggi?

Tiada istilah rugi didalam pelaburan emas fizikal, kita hanya mengetahui untung atau rugi ketika menjual emas tersebut, jika kita jual ketika harga rendah, kita rugi, jika kita jual ketika harga mahal, kita untung. Untung dan rugi bukan ketika kita membeli emas, tetapi ketika kita menjual emas tersebut. Jika anda beli ketika harga tinggi, anda akan untung, jika anda membeli ketika harga rendah, anda akan 2 x untung.

Dimana saya boleh membeli emas Fizikal?

Anda boleh membeli di kedai emas, syarikat2 yang menjual emas yang semakin banyak sekarang ini dan anda juga boleh membeli dengan Publicgold, publicgold merupakan syarikat yang menjual emas dan perak fizikal, ia tiada kaitan dengan Public Bank, harga yang ditawarkan sangat kompetitif dan spread nya juga amat rendah berbanding saingan yang lain, jaminan belian balik diberikan pada setiap pelanggan.anda boleh menghubungi saya untuk membeli emas public gold.

Dimana saya boleh melihat harga semasa emas publicgold?

Anda boleh melihat harga semasa di http://www.publicdinar.com.my/liveprice.html atau http://www.publicgold.com.my

Dimana saya boleh menyimpan emas fizikal?

Anda boleh menyimpan sendiri ataupun menyimpan dimana safe deposit box yang terdapat di bank, harga bergantung pada saiz kotak dan insuran

Sumber dari Rahsiagold.com

Read more...

Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas

Friday, 4 November 2011

Mari Kita Berkongsi Ilmu untuk membuka Minda Anda tentang KENAPA ANDA PERLU MENYIMPAN EMAS?




Emas/perak telah digunakan sebagai wang sejak 2600 tahun lalu....LAMA dah kan?
Manusia menghargai emas kerana:
1.Rupanya yang cantik
2.Ia tidak boleh dibinasakan
3.Ia mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya
4.Ia sukar diperolehi
5.Bernilai

Sejarah wang kertas

Wang kertas pada mulanya adalah resit simpanan emas/perak. Tetapi lama kelamaan hubungan ini telah diputuskan. Wang kertas kini adalah wang fiat (tidak disandarkan kepada sesuatu yg bernilai


=
Gold certificate ini boleh ditukarkan kepada 1 dollar syiling emas

Yang Mana Satu Wang?


Atau

Emas memiliki ciri-ciri wang yang unggul.

1.Medium pertukaran yang diterima dunia
2.Mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri
3.Wang tanpa sempadan
4.Tidak boleh dibinasakan
5.Mudah dibahagikan
6.Sukar diperolehi/ditiru
7.Price to weight ratio yang tinggi
8.Penyimpan nilai yang baik dalam jangka panjang


Kelemahan wang kertas

1. Bernilai kerana disokong kerajaan- jika tiada kerajaan maka tiada nilai (contoh Iraq)
2. Ada had sempadan
3. Tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik kerana nilainya merosot dalam jangka masa panjang
4. Mudah rosak
5. Jika kemerosotan nilai terlalu tinggi, maka manusia akan menolak terus wang kertas berkenaan ( bukti sejarah: Wang pisang Jepun dan Wang kertas Dollar Zimbabwe)

Nilai wang kertas boleh dicetak sesuka hati menyebabkan ia kehilangan nilai.

Contohnya – di Zimbabwe duit tak dikira tapi ditimbang!



Membuat pelaburan emas di Malaysia
Terdapat 2 bentuk pelaburan emas yang terdapat di Malaysia iaitu:
1.Emas fizikal
2.Akaun simpanan emas.

Emas fizikal: Pilihan terbaik

1. Public Gold Gold Bar ( kebaikan: stock availability, boleh calar, goris, bengkok asalkan berat tak hilang)
2. Syiling Kijang Emas, UOB Gold Coin, Dinar Emas Kelantan dan Dinar Emas Public Gold
3. Akaun simpanan emas – Public Bank dan Maybank
 
 
Keuntungan menyimpan emas

1.Membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi (harga emas naik 25%-26% setahun dalam jangka panjang)
2.Menyimpan selama mungkin dan memajak apabila memerlukan wang


Keuntungan berniaga emas
1.Stok yang naik harga dalam jangka masa panjang. Tidak seperti perniagaan lain.
2.Sentiasa ada permintaan walaupun harga naik atau rendah
3.Tidak perlu bercerita panjang lebar. Orang tahu tentang emas.
4.Dengan strategi perniagaan yang betul, perniagaan emas sangat lumayan.
3.Boleh menambahkan keuntungan jika boleh berniaga emas (menjadi agen)

Ingat Emas Ingat Zunita

Emas adalah Perniagaan

Sumber dari Pokli PWM

Read more...

Waktu Terbaik Melabur Di Dalam Komoditi

1- Sampai bila harga emas akan terus naik?
2- Benarkah ini waktu yang sesuai untuk memulakan pelaburan emas?
3- Benarkah harga emas sudah sampai ke tahap tepu atau bubble?
5- Setinggi mana harga emas dijangka akan naik?

Berikut adalah diantara soalan2 hot yang sentiasa diajukan kepada saya dan mungkin para pengunjung juga mempunyai persoalan yang sama seperti di atas, di harap info yang saya kongsikan pada posting ini dapat menjawab segala persoalan2 ini.

Seperti yang kita semua sedia maklum, setiap perkara di dunia ini mempunyai kitaran peristiwa yang sentiasa berulang, sebagaimana proses perjalanan dalam hidup kita, setiap hari kita melalui perkara yang sama, bangun tidur pergi kerja, balik kerja, tidur dan seterusnya perkara sama yang akan berulang.

Begitu juga halnya dengan Kitaran Pasaran (Market Cycling) dalam dunia pelaburan, secara umumnya terdapat 2 jenis kitaran pasaran, iaitu waktu dimana pelaburan di dalam Komoditi adalah lebih baik dan menguntungkan berbanding Saham & Hartanah, dan yang kedua adalah waktu dimana pelaburan di dalam Saham & Hartanah adalah lebih baik berbanding Komoditi.

Kebiasaannya, tempoh masa pertukaran bagi setiap kitaran pasaran ini adalah dalam jangkamasa diantara 15 -20 tahun sekali, dan ianya bermula selepas Perang Dunia Ke II iaitu pada tahun 1946 - 1966 iaitu waktu dimana pelaburan di dalam Saham & Hartanah adalah lebih menguntungkan ekoran kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih memberangsangkan selepas perang dan juga pada waktu itu askar2 yang baru pulang dari medan peperangan sedang memulakan hidup baru dan membeli rumah sekaligus menjadikan permintaan ke atas Hartanah adalah amat tinggi.

Kemudian pada tahun 1966 - 1980 adalah giliran bagi pasaran Komoditi pula dimana harga Emas pada ketika ini menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding Saham & Hartanah dan seterusnya bermula pada tahun 1980 - 2000 adalah waktu yang lebih menguntungkan untuk melabur dalam Saham & Hartanah.

Kini, bermula pada tahun 2000 sehingga sekarang adalah kitaran waktu yang terbaik untuk membuat pelaburan di dalam Komoditi, dan ianya dijangka akan berterusan sehingga ke tahun 2016 atau 2020. Perhatikan chart di bawah :


Mengikut analisis berdasarkan perbandingan pola pergerakan harga Emas pada sekitar tahun 1966 - 1980 dan pada tahun 2000 sehingga sekarang, terdapat kebarangkalian yang harga emas bakal mencecah ke paras sekitar $5000/oz sebelum berlakunya perubahan kitaran pasaran yang seterusnya, dan angka ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai kerana sebelum ini Neil Armstrong juga telah meramalkan yang harga Emas bakal mencecah ke paras $5000/oz!!

Anda bagaimana? masih mahu terus tunggu dan lihat?

Sumber dari Pelabur Jutawan

Read more...

Mengapa Harga Emas Berbeza-Beza

1- Ramai diantara pengunjung blog dan ada juga dikalangan Dealer2 saya sendiri yang bertanyakan soalan ini. Lebih2 lagi kepada yang baru berjinak2 di dalam dunia pelaburan emas fizikal, perbezaan harga emas yang dilihat di dalam TV atau akhbar membuatkan mereka merasa ragu2 untuk membeli emas kerana merasakan harganya terlalu tinggi jika dibandingkan dengan yang dilihat di kaca TV.

2- Harga emas fizikal sebenarnya tidak mempunyai harga Siling, iaitu ianya tiada harga maksimum, tetapi ianya mempunyai harga Lantai atau harga Minimum. Kebiasaannya, harga minimum ini boleh dirujuk kepada Spot Price ataupun Indeks harga yang sentiasa berubah2 yang kebiasaannya boleh dirujuk di laman web "kitco.com". Harga ini hanyalah angka/indeks yang di dagangkan sebagai penanda aras kepada kenaikan dan penurunan harga emas di pasaran dunia sahaja.

3- Justeru, apabila ianya dizahirkan didalam bentuk fizikal, sudah pasti terdapat beberapa kos tambahan yang terlibat seperti kos Minting, Labour Cost, Security dll kos yang terlibat dalam proses pengeluaran emas fizikal tersebut. Kebiasaannya, syarikat pengeluar yang mempunyai kepakaran di dalam bidang yang terlibat seperti Public Gold, akan mengenakan kos tambahan yang amat rendah untuk meminimumkan kos bagi memastikan emas fizikal keluaran mereka dapat dijual pada harga yang kompetitif.

4- Manakala bagi pengeluar yang tidak mempunyai kepakaran tersebut dan terpaksa mengupah kepada pihak ketiga yang berkepakaran akan menanggung kos tambahan yang lebih tinggi dan menjadikan harga emas fizikal keluaran mereka juga dijual pada harga yang lebih tinggi.

5- Disebabkan faktor2 ini juga banyak syarikat yang baru muncul di Malaysia pada ketika ini menjual emas secara Trading, iaitu mereka mengimport emas dari luar secara pukal dan terus menjualnya kepada pembeli atau Dealer mereka tanpa perlu menanggung kos2 tambahan tersebut. Kebiasaannya, disebabkan mereka mahu produk tersebut dijual dengan cepat bagi mengelakkan risiko kerugian, mereka akan menjualnya pada harga yang lebih rendah dan mengenakan kadar spread (beza harga jual/beli) yang lebih tinggi bagi mengaut lebih banyak keuntungan.

Sumber dari Pelabur Jutawan

Read more...

Info Umum Emas

APA ITU KARAT ( K ) ?

KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.

STANDARD KETULENAN EMAS BARU
( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas.
Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam
24K mengikut ukuran lama

( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½

( c ) 916.6 Emas Singapura
22K mengikut ukuran lama

( d ) 875

( e ) 835

( f ) 750 18K mengikut ukuran lama

( g ) 585 14K mengikut ukuran lama

( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama

Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

STANDARD KETULENAN PERAK

( a ) 958.4

( b ) 925

( c ) 830

( d ) 800

STANDARD KETULENAN PLATINUM

( a ) 950 bermakna 95.0% kandungannya.

CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN

KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN (24Karat)

CARA MENGUKUR KARAT

STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT
1000

Contoh Pengiraan :
Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat).
750 X 24 = 18K
1000

Nama-nama lama panggilan kepada Emas :

Emas 1 Dinar = 4.25gm

Emas Se Amas = 2.551 gm

Emas Se Rial =2.70 gm

Emas Se Kupang = 0.64 gm

Emas 2 Kupang = 1.28 gm ( Kupang Terengganu )

Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm

Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm

Sumber Dari Pelabur Jutawan

Read more...

Kenapa Emas?

Thursday, 3 November 2011

Kenapa emas? Kadangkala kita seringkali lihat mokcik2 kita, tak kira siapa, mok sedara, tuk nenek kita, tuk nenek kawan2 kita atau makcik2 di kampung kita, di pasar2, di mana sahaja, kalau di Trg ni, anda pergi lah jenguk di pasar payang, kalau di Kelantan, pegi pasar siti khadijah, mokcik2 pakai gelang emas sampai ke lengan! Pernahkah kita terfikir kenapa? bukan cantik sangat pun pakai gelang emas sampai ke lengan, atau pakai rantai sampai berat leher? Begitu juga, jangan lupa tayangan anak mami yg mengagongkan emas di lengan? nahhh!!!!
Ini semua adalah kerana nilai emas itu sendiri, mokcik2 yang dah tua tu pun tau nilai emas yang tak pernah turun-turun, malangnya kita yg berpelajaran, yg berinternet, yang terlebih ilmu ni ‘kurang’ tau menilai aset yang sangat bernilai ini. ‘Kurang tau menilai’ ini, menyebabkan kita kurang ‘excited’ untuk memilikinya. Kita tinggalkan kegilaan memiliki emas ni kpd bini kita sahaja, biarlah bini kita sahaja yg beli dan pakai. Malangnya kita, kita sibuk cari bisnes2 lain, masuk MLM itu ini, skim cepat kaya semua kita cuba. Padahal semua modal2 kita yg dahulu yg hangus dlm skim2 tu, kalau kita beli emas dari dulu, mungkin sekarang kita dah kaya-raya atas kenaikan harga emas di pasaran yg tak pernah turun2!.

Saya tidak berkata kepada anda sahaja, kerana saya juga begitu. Saya selalu dengar tok nenek saya cakap, kalau dapat anak perempuan, sekurang-kurangnya kena ada jugak emas, “besar janggut udang pun takpe”. Betapa dalam maksudnya jika saya teliti dari dulu, nak gambarkan betapa tingginya nilai emas yang tak akan turun.

Kita berbalik pula kepada cerita makcik di pasar khadijah dan pasar kedai payang, urat urat emas ditangan bukan sahaja bermakna kejayaan dalam perniagaan mereka atau lambang perhiasan mereka, ia juga lambang simpanan dan pelaburan mereka. Apabila masa kemarau datang, mungkin urat urat emas ini akan di pajakkan kepada tukang tukang pajak, dan ditebus apabila mampu kembali.

Kenapa memilih emas sebagai salah satu portfolio pelaburan anda?
Cuba teliti tajuk berkenaan, saya tidak mencadangkan anda memilih emas sebagai pelaburan alternatif, tetapi saya mencadangkan supaya emas dijadikan salah satu portfolio pelaburan anda. Dengan kata lain, kalau boleh, jadikan pelaburan emas ini sebagai pelaburan anda yang utama.
Faktanya jelas:
  • Emas adalah simpanan jangka sederhana dan panjang yang selamat di mana harga emas sentiasa menunjukkan peningkatan. Harga (USD) utk 1 oz seperti berikut; Tahun 2003, usd337-398, 2004 usd387-452, 2005 usd423-509.
  • Emas mempunyai nilai tersendiri tidak seperti wang yang merujuk kepada pasaran global semasa.
  • Emas bernilai sejak zaman dahulu kala hingga sekarang tidak kira apa jua berlaku terhadap peradaban dunia.
  • Emas bernilai dan merupakan simpanan yang kukuh lebih daripada wang pada semua keadaan seperti waktu peperangan atau kegawatan ekonomi.
  • Berdasarkan prestasi nilai emas, purata peningkatan nilai mencatatkan rekod 25-30% atau lebih setiap tahun.
  • Sila rujuk graf kenaikan harga emas di bawah untuk melihat unjuran peningkatan 10 tahun sehingga Julai 08.
so apa tunggu lagi.......cepat2 booking dengan aku Public Gold pulak.....

Sumber dari Pokli PWM

Read more...

Mengapa berlaku kenaikan dan penurunan harga emas?

Ada pelawat yg bertnyakn kpd sy yg beliau keliru mengapa harga emas ni skjap naik,skjp turun..sbnrnya ini perkara biasa apabila sesuatu Instrumen atau Komoditi itu didagangkan di pasaran antarabangsa atau Spot Market.

Kenaikan sesuatu harga adlah disbbkan oleh permintaan yg tggi ke atas barangan itu, manakala penurunannya pula adalah di sebabkan penawaran yg tinggi, atau dlm bahasa mudahnya terlalu ramai org yg nk jual.

Apabila fenomena spt ini berlaku, maka akn berlaku ketidakseimbangn diantara penawaran dan permintaan, sekaligus menyebabkan pergerakan kenaikan dan penurunan harga sesuatu brg itu.


Itulah apa yg berlaku kpd pasaran emas ketika ini, umum mengetahui harga emas akn sntiasa naik, mmg benar kerana nisbah pergerakan ataupun "Trend" utk komoditi ini ialah 70:30 (70% kenaikan, 30% penurunan), tetapi itu adlah utk jangkamasa panjang.

Perlu utk anda ketahui, apabila sesuatu Instrumen atau Komoditi didagngkan di Spot Market, maka proses kenaikan dan penurunan harganya akn dipengaruhi oleh individu2 yg di gelar sbg "Market Speculator". Mereka ini terdiri drpd bank2 perdagangan yg melabur dlm dagangan Spot sbg cth Deutsche Bank dan ABN Amro Bank, selain itu billionair2 dunia ataupun dikenali sbg "High Net Worth Person" spt George Soros dan Warren Buffet, juga dari kalangan pelabur2 kecil.

Apabila berlaku perubahan kadar nilai "Economic Indicator" iaitu seperti krisis ekonomi, peningkatan kadar pengangguran, kenaikan kadar interest dan sebagainya yg akn mempengaruhi sesebuah Instrumen dagangan dan Sentimen Pasaran, maka para Market Speculator akn mula berbuat sesuatu samaada ianya utk melindungi kekayaan mereka dari krisis yg bakal berlaku, ataupn mereka sekadar ingin mengambil keuntungan disebabkn perubahan sentimen pasaran.


Agak sukar difahami kan? baiklah, sy akn kaitkan dgn pasaran emas sekarang.
Di ketika ini, para pengguna di U.S sedang bimbang dgn kadar inflasi yg kian meningkat. Ditambah pula dgn langkah Federal Reserve yg mengumumkan utk terus mengekalkan kadar interest yg rendah utk pinjaman, maka para pengguna yg mengikuti keadaan ekonomi semasa tahu bahawa apabila langkah seperti itu diambil maka keadaan ekonomi sedang diambang kemelesetan.

Jika kemelesetan menjadi bertambah buruk, maka kadar inflasi akn terus meningkat dan ini akn menyusutkan wang fiat dan kekayaan mereka. Ketidakstabilan sentimen pasaran ini juga memaksa para pelabur saham, stock dll utk menjual semua saham dn pegangan mereka krn dibimbangi harga saham pegangan mereka akn jatuh merudum, dan ini menambah buruk lagi keadaan ekonomi negara itu.

Maka utk melindungi kekayaan dan penyusutan nilai wang simpanan mereka, mereka berebut2 membeli emas fizikal dan ini menyebabkn permintaan keatas komoditi meningkat dgn mendadak. Ironinya, apabila permintaan di pasaran runcit meningkat, para speculator juga ingin mengaut keuntungan dgn membuat belian (Long Order) di dagangan Spot dan sentimen ini menyebabkan para pelabur saham yg telah menjual kesemua saham mereka menukar Portfolio pelaburan dgn membuat Long Order juga ke atas komoditi ini.

Apabila belian secara besar-besaran berlaku di pasaran Spot, bermakna permintaan keatas komoditi yg terhad ini meningkat dgn mendadak, sedangkan di pasaran fizikal jumlah komoditi ini amat terhad sekali dan tidak mampu menampung permintaan pasaran runcit.

Di sinilah para speculator mula meraih keuntungan mereka kerana apa jua Instrumen dan Komoditi yg didagangkan di pasaran Spot, ianya akn sntiasa dikuasai oleh para speculator dan High Net Worth Person, atau dlm bahasa mudahnya apabila mereka membeli sesuatu Instrumen atau Komoditi, nescaya harganya akan meningkat kerana pasaran tidak mampu memenuhi permintaan mereka yg bernilai berbillion dollar, dan apabila mereka menjualnya semula, nescaya harganya akan merudum disebabkan pasaran semasa tidak mampu utk membeli semula Komoditi atau Instrumen yg bernilai berbillion dollar itu.

Sumber Dari Pelabur Jutawan

Read more...

Pelaburan emas jongkong, emas dan perak lebih ekonomikal

Wednesday, 2 November 2011

Menyimpan harta dalam emas jongkong, emas dan perak adalah lebih mudah dan mampu dibuat oleh golongan berpendapatan sederhana berbanding melabur dalam hartanah.

Emas jongkong, emas dan perak lebih ekonomikal bagi kumpulan berpendapatan sederhana berbanding hartanah kerana ia boleh dibeli dalam jumlah kecil dan mengikut keupayaan pelanggan.

Ia adalah aset taktikal keranan anda boleh memanfaatkan kenaikan harga, pada masa sama aset strategik sebagai simpanan harta jangka panjang.

Jongkong emas atau perak juga lebih baik berbanding hartanah dari segi boleh digerakkan.

Jika pemiliknya perlu berpindah ke tempat lain, adalah mudah untuk menjual jongkong dalam pasaran terbuka keranan ia adalah logam berharga yang diterima di mana-mana saja.

Jongkong, emas dan perak juga boleh membantu menangani inflasi, sambil menambah ia boleh melindungi nilai daripada inflasi dalam tempoh jangka panjang.

Harga emas dan perak kurang turun naiknya berbanding saham dan komoditi lain.  Ia adalah pemelbagaian potfolio yang berkesan.

Public Gold Fine International Sdn Bhd (PGFISB) adalah syarikat pelaburan emas yang menawarkan pembelian secara atas talian, telefon dan e-mel bagi memudahkan urusan pembelian pengedar dan pelanggan.

Menyertai pelaburan di PGFISB menguntungkan kerana pelabur dapat belajar dan menjana pendapatan menerusi jongkong, emas dan perak. Mendidik orang mengenai pelaburan alternatif dan memperkasa mereka dalam amalan pengurusan harta menggunakan emas jongkong, emas dan perak.

Menyimpan emas dan perak sudah menjadi amalan sejak dulu lagi di kalangan orang berada tetapi masih tidak popular di kalangan orang biasa disebabkan andaian bahawa emas dan perak mahal.

Sumber dari Berita Harian.

Read more...

Mula Berniaga Emas Public Gold

Tuesday, 1 November 2011

As salam.

Hari ini nak kongsi cerita……semua org suka tgk emas….cantik….termasuk saya... selama menyimpan emas PG ni belum ada masa yang sesuai untuk saya berkongsi cerita dengan kawan2 disebabkan waktu bekerja yang menekan.  Masa rehat pula mencari info di surat khabar... ilmu emas kena cari...

Hinggalah seorang kawan ni minat tengok emas yang saya pakai....jadi bermula lah perniagaan emas saya yang pertama.


Sesiapa yang berminat untuk membeli emas...sila lock harga dengan Sinar Emas.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP