Jenis Soalan Memulakan Pelaburan Emas Fizikal
Saturday, 5 November 2011
Salam sejahtera,
Bagaimanakah cara memulakan pelaburan emas fizikal?
Caranya adalah sangat mudah, anda beli emas fizikal hari ini dan simpan, emas fizikal yang saya maksudkan ialah gold bar dan barang kemas. Anda boleh bermula dengan sekeping 1 dinar yang berharga rm7++ atau pun gold bar 10g yang berharga rm19++ ( harga semasa ), bergantung pada kemampuan dan simpanan anda.
Apakah yang saya perlu buat setelah membeli emas fizikal?
Anda boleh simpan emas tersebut, jika anda beli barang kemas, anda boleh pakai atau hadiahkan pada yang tersayang, simpan sehingga harga naik, anda boleh jual apabila anda memerlukan duit ataupun harga pada ketika itu telah naik tinggi.
Adakah saya akan rugi jika membeli emas pada harga tinggi?
Tiada istilah rugi didalam pelaburan emas fizikal, kita hanya mengetahui untung atau rugi ketika menjual emas tersebut, jika kita jual ketika harga rendah, kita rugi, jika kita jual ketika harga mahal, kita untung. Untung dan rugi bukan ketika kita membeli emas, tetapi ketika kita menjual emas tersebut. Jika anda beli ketika harga tinggi, anda akan untung, jika anda membeli ketika harga rendah, anda akan 2 x untung.
Dimana saya boleh membeli emas Fizikal?
Anda boleh membeli di kedai emas, syarikat2 yang menjual emas yang semakin banyak sekarang ini dan anda juga boleh membeli dengan Publicgold, publicgold merupakan syarikat yang menjual emas dan perak fizikal, ia tiada kaitan dengan Public Bank, harga yang ditawarkan sangat kompetitif dan spread nya juga amat rendah berbanding saingan yang lain, jaminan belian balik diberikan pada setiap pelanggan.anda boleh menghubungi saya untuk membeli emas public gold.
Dimana saya boleh melihat harga semasa emas publicgold?
Anda boleh melihat harga semasa di http://www.publicdinar.com.my/liveprice.html atau http://www.publicgold.com.my
Dimana saya boleh menyimpan emas fizikal?
Anda boleh menyimpan sendiri ataupun menyimpan dimana safe deposit box yang terdapat di bank, harga bergantung pada saiz kotak dan insuran
Sumber dari Rahsiagold.com
0 comments:
Post a Comment