Pelaburan emas jongkong, emas dan perak lebih ekonomikal
Wednesday, 2 November 2011
Menyimpan harta dalam emas jongkong, emas dan perak adalah lebih mudah dan mampu dibuat oleh golongan berpendapatan sederhana berbanding melabur dalam hartanah.
Emas jongkong, emas dan perak lebih ekonomikal bagi kumpulan berpendapatan sederhana berbanding hartanah kerana ia boleh dibeli dalam jumlah kecil dan mengikut keupayaan pelanggan.
Ia adalah aset taktikal keranan anda boleh memanfaatkan kenaikan harga, pada masa sama aset strategik sebagai simpanan harta jangka panjang.
Jongkong emas atau perak juga lebih baik berbanding hartanah dari segi boleh digerakkan.
Jika pemiliknya perlu berpindah ke tempat lain, adalah mudah untuk menjual jongkong dalam pasaran terbuka keranan ia adalah logam berharga yang diterima di mana-mana saja.
Jongkong, emas dan perak juga boleh membantu menangani inflasi, sambil menambah ia boleh melindungi nilai daripada inflasi dalam tempoh jangka panjang.
Harga emas dan perak kurang turun naiknya berbanding saham dan komoditi lain. Ia adalah pemelbagaian potfolio yang berkesan.
Public Gold Fine International Sdn Bhd (PGFISB) adalah syarikat pelaburan emas yang menawarkan pembelian secara atas talian, telefon dan e-mel bagi memudahkan urusan pembelian pengedar dan pelanggan.
Menyertai pelaburan di PGFISB menguntungkan kerana pelabur dapat belajar dan menjana pendapatan menerusi jongkong, emas dan perak. Mendidik orang mengenai pelaburan alternatif dan memperkasa mereka dalam amalan pengurusan harta menggunakan emas jongkong, emas dan perak.
Menyimpan emas dan perak sudah menjadi amalan sejak dulu lagi di kalangan orang berada tetapi masih tidak popular di kalangan orang biasa disebabkan andaian bahawa emas dan perak mahal.
Sumber dari Berita Harian.
0 comments:
Post a Comment