Mengapa berlaku kenaikan dan penurunan harga emas?
Thursday, 3 November 2011
Ada pelawat yg bertnyakn kpd sy yg beliau keliru mengapa harga emas ni skjap naik,skjp turun..sbnrnya ini perkara biasa apabila sesuatu Instrumen atau Komoditi itu didagangkan di pasaran antarabangsa atau Spot Market.
Kenaikan sesuatu harga adlah disbbkan oleh permintaan yg tggi ke atas barangan itu, manakala penurunannya pula adalah di sebabkan penawaran yg tinggi, atau dlm bahasa mudahnya terlalu ramai org yg nk jual.
Apabila fenomena spt ini berlaku, maka akn berlaku ketidakseimbangn diantara penawaran dan permintaan, sekaligus menyebabkan pergerakan kenaikan dan penurunan harga sesuatu brg itu.
Itulah apa yg berlaku kpd pasaran emas ketika ini, umum mengetahui harga emas akn sntiasa naik, mmg benar kerana nisbah pergerakan ataupun "Trend" utk komoditi ini ialah 70:30 (70% kenaikan, 30% penurunan), tetapi itu adlah utk jangkamasa panjang.
Perlu utk anda ketahui, apabila sesuatu Instrumen atau Komoditi didagngkan di Spot Market, maka proses kenaikan dan penurunan harganya akn dipengaruhi oleh individu2 yg di gelar sbg "Market Speculator". Mereka ini terdiri drpd bank2 perdagangan yg melabur dlm dagangan Spot sbg cth Deutsche Bank dan ABN Amro Bank, selain itu billionair2 dunia ataupun dikenali sbg "High Net Worth Person" spt George Soros dan Warren Buffet, juga dari kalangan pelabur2 kecil.
Apabila berlaku perubahan kadar nilai "Economic Indicator" iaitu seperti krisis ekonomi, peningkatan kadar pengangguran, kenaikan kadar interest dan sebagainya yg akn mempengaruhi sesebuah Instrumen dagangan dan Sentimen Pasaran, maka para Market Speculator akn mula berbuat sesuatu samaada ianya utk melindungi kekayaan mereka dari krisis yg bakal berlaku, ataupn mereka sekadar ingin mengambil keuntungan disebabkn perubahan sentimen pasaran.
Agak sukar difahami kan? baiklah, sy akn kaitkan dgn pasaran emas sekarang.
Di ketika ini, para pengguna di U.S sedang bimbang dgn kadar inflasi yg kian meningkat. Ditambah pula dgn langkah Federal Reserve yg mengumumkan utk terus mengekalkan kadar interest yg rendah utk pinjaman, maka para pengguna yg mengikuti keadaan ekonomi semasa tahu bahawa apabila langkah seperti itu diambil maka keadaan ekonomi sedang diambang kemelesetan.
Jika kemelesetan menjadi bertambah buruk, maka kadar inflasi akn terus meningkat dan ini akn menyusutkan wang fiat dan kekayaan mereka. Ketidakstabilan sentimen pasaran ini juga memaksa para pelabur saham, stock dll utk menjual semua saham dn pegangan mereka krn dibimbangi harga saham pegangan mereka akn jatuh merudum, dan ini menambah buruk lagi keadaan ekonomi negara itu.
Maka utk melindungi kekayaan dan penyusutan nilai wang simpanan mereka, mereka berebut2 membeli emas fizikal dan ini menyebabkn permintaan keatas komoditi meningkat dgn mendadak. Ironinya, apabila permintaan di pasaran runcit meningkat, para speculator juga ingin mengaut keuntungan dgn membuat belian (Long Order) di dagangan Spot dan sentimen ini menyebabkan para pelabur saham yg telah menjual kesemua saham mereka menukar Portfolio pelaburan dgn membuat Long Order juga ke atas komoditi ini.
Apabila belian secara besar-besaran berlaku di pasaran Spot, bermakna permintaan keatas komoditi yg terhad ini meningkat dgn mendadak, sedangkan di pasaran fizikal jumlah komoditi ini amat terhad sekali dan tidak mampu menampung permintaan pasaran runcit.
Di sinilah para speculator mula meraih keuntungan mereka kerana apa jua Instrumen dan Komoditi yg didagangkan di pasaran Spot, ianya akn sntiasa dikuasai oleh para speculator dan High Net Worth Person, atau dlm bahasa mudahnya apabila mereka membeli sesuatu Instrumen atau Komoditi, nescaya harganya akan meningkat kerana pasaran tidak mampu memenuhi permintaan mereka yg bernilai berbillion dollar, dan apabila mereka menjualnya semula, nescaya harganya akan merudum disebabkan pasaran semasa tidak mampu utk membeli semula Komoditi atau Instrumen yg bernilai berbillion dollar itu.
Sumber Dari Pelabur Jutawan
0 comments:
Post a Comment