Powered by Blogger.
SINAREMAS99 MENJUAL DAN MEMBLI EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD

Waktu Terbaik Melabur Di Dalam Komoditi

Friday, 4 November 2011

1- Sampai bila harga emas akan terus naik?
2- Benarkah ini waktu yang sesuai untuk memulakan pelaburan emas?
3- Benarkah harga emas sudah sampai ke tahap tepu atau bubble?
5- Setinggi mana harga emas dijangka akan naik?

Berikut adalah diantara soalan2 hot yang sentiasa diajukan kepada saya dan mungkin para pengunjung juga mempunyai persoalan yang sama seperti di atas, di harap info yang saya kongsikan pada posting ini dapat menjawab segala persoalan2 ini.

Seperti yang kita semua sedia maklum, setiap perkara di dunia ini mempunyai kitaran peristiwa yang sentiasa berulang, sebagaimana proses perjalanan dalam hidup kita, setiap hari kita melalui perkara yang sama, bangun tidur pergi kerja, balik kerja, tidur dan seterusnya perkara sama yang akan berulang.

Begitu juga halnya dengan Kitaran Pasaran (Market Cycling) dalam dunia pelaburan, secara umumnya terdapat 2 jenis kitaran pasaran, iaitu waktu dimana pelaburan di dalam Komoditi adalah lebih baik dan menguntungkan berbanding Saham & Hartanah, dan yang kedua adalah waktu dimana pelaburan di dalam Saham & Hartanah adalah lebih baik berbanding Komoditi.

Kebiasaannya, tempoh masa pertukaran bagi setiap kitaran pasaran ini adalah dalam jangkamasa diantara 15 -20 tahun sekali, dan ianya bermula selepas Perang Dunia Ke II iaitu pada tahun 1946 - 1966 iaitu waktu dimana pelaburan di dalam Saham & Hartanah adalah lebih menguntungkan ekoran kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih memberangsangkan selepas perang dan juga pada waktu itu askar2 yang baru pulang dari medan peperangan sedang memulakan hidup baru dan membeli rumah sekaligus menjadikan permintaan ke atas Hartanah adalah amat tinggi.

Kemudian pada tahun 1966 - 1980 adalah giliran bagi pasaran Komoditi pula dimana harga Emas pada ketika ini menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding Saham & Hartanah dan seterusnya bermula pada tahun 1980 - 2000 adalah waktu yang lebih menguntungkan untuk melabur dalam Saham & Hartanah.

Kini, bermula pada tahun 2000 sehingga sekarang adalah kitaran waktu yang terbaik untuk membuat pelaburan di dalam Komoditi, dan ianya dijangka akan berterusan sehingga ke tahun 2016 atau 2020. Perhatikan chart di bawah :


Mengikut analisis berdasarkan perbandingan pola pergerakan harga Emas pada sekitar tahun 1966 - 1980 dan pada tahun 2000 sehingga sekarang, terdapat kebarangkalian yang harga emas bakal mencecah ke paras sekitar $5000/oz sebelum berlakunya perubahan kitaran pasaran yang seterusnya, dan angka ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai kerana sebelum ini Neil Armstrong juga telah meramalkan yang harga Emas bakal mencecah ke paras $5000/oz!!

Anda bagaimana? masih mahu terus tunggu dan lihat?

Sumber dari Pelabur Jutawan

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP